Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
USAHAWAN
Umumnya, usahawan adalah perkataan yang diterjemahkan dari perkataan Inggeris entrepreneur yang berasal dari perkataan Perancis entreprender yang bermaksud seseorang yang mengadakan sesuatu produk baru atau yang memulakan sesuatu usaha atau perniagaan.
Apabila terjemahan itu diperhalusi lagi, maka usahahawan dapatlah didefinisikan sebagai :
Individu yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa mencuba mereka atau mengolah ‘sesuatu’ yang baru (kreatif) atau mengubah dan membuat pembaharuan (innovatif) sesuatu yang lama atau sedia ada. Produk yang dicipta atau diubahsuai itu hendaklah berfaedah kepada semua termasuklah juga alam sekitar. Selain mencipta atau mengubahsuai, usahawan juga tidak pernah merasa puas dengan kejayaan yang telah dicapai dan sentiasa mencari peluang-peluang baru untuk diterokai. Dia berani menghadapi pelbagai risiko dan akan mencuba berulang kali sehingga berjaya.
CIRI-CIRI USAHAWAN
1. Mempunyai daya usaha yang berterusan
- Sentiasa/kuat berusaha dan bijak mengurus waktu.
2. Kreatif
- Berdaya cipta sesuatu yang baru
3. Inovatif
- bijak membuat pembaharuan
4. Berfikiran positif
- Samua boleh
5. Bijak mengambil peluang
6. Berani menghadapi risiko
- tak takut rugi, tak laku, persaingan yang hebat dan seumpamanya
- lebih besar risiko, lebih banyak keuntungan mungkin dihadapi
BIDANG- BIDANG KEGIATAN USAHAWAN
PENGELUARAN PERKHIDMATAN PEMASARAN/AGIHAN PERNIAGAAN
- EKSTRAKTIF - BANTUAN PERN - PRODUK - KECIL
- Perlombongan - Pengangkutan - HARGA - Penjaja dll
- Perhutanan - Perhubungan - TEMPAT - BESAR
- Perikanan - Bank - PROMOSI - Pasaraya dll
- Penapisan Air - Iklan - Import
- Tenaga elektrik - Insurans - Eksport
- PERTANIAN - Pembungkusan
- Perkebunan - Pergudangan
- Perladangan - PROFESIONAL
- Pesawah - Kesihatan
- Penternakan - Guaman
- PERKILANGAN - Pendidikan, dll
- barang pengeluar
- barang pengguna
- barang perantara
Rozita adalah simbol kepada Sendayu Tinggi. Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah ‘Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat' meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya.
Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar, ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang
Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga.
Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan untuk keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bilamana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. “Sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.”
Keputusan berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga. Justeru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operator pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran dan pekerja di syarikat jualan langsung pernah dijawatnya.
Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah ‘buah tangan' termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula.
“Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya saya tidak yakin dengan status ini namun anak-anak menjadi iltizam hidup saya untuk terus berdiri. Saya bangun dan berjanji menjadi ibu dan bapa yang baik buat anak-anak saya. Oleh kerana dahulu saya kekurangan limpahan kasih sayang namun saya belajar dari pengalaman dan kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan saya dan empat orang anak saya sekarang. Kejayaan saya kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri, itulah visi hidup saya. Tanpa visi dan prinsip, maka tiada apa yang boleh dimegahkan dalam peribadi diri.”
Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar beliau lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Sigapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan, pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita.
Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan “Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua, dan anak yatim. Bagi saya itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat.Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.”
OBJEKTIF, VISI DAN MISI
Menitikberatkan kasih sayang itulah kepuasan dalam diri saya. Dengan kasih sayang saya berharap agar dapat menyuntik semangat keberanian dan jati diri yang kukuh dalam diri dan masyarakat. Saya perlukan kasih sayang dan begitu juga anda. Justeru itu, saya mahu pengedar saya kasih dan sayang kepada anda sepertimana saya kasih dan sayang kepada anda. ‘Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat'. Walaupun ada masanya saya dikeji, dihina dan menjadi bahan umpatan orang namun saya dan tidak marah dan tidak lemah menghadapinya. Bahkan saya akan terus berdiri teguh dan membuktikan pada mereka yang saya adalah yang terbaik.
Matlamat dalam perniagaan pasti sasarannya keuntungan. Pun begitu, jihad dan perjuangan besar saya ialah memperbaiki diri, membantu keluarga, membantu golongan wanita yang ingin berniaga, membantu golongan fakir miskin dan membangunkan anak bangsa.
Saya percaya, zaman dahulu siapa kuat dia raja tetapi kini siapa bijak dialah raja. Walaupun kini ramai yang cerdik belaka namun masih ada juga yang tidak berjaya dalam kerjaya. Cubalah selidiki diri apa kekurangan diri. Kreativiti, daya fikir yang tinggi dan sesekali menyelami tentang kehidupan alam sekeliling perlu menjadi bekalan dalam kehidupan. Visi utama saya agar Sendayu Tinggi dapat melangkah jauh di persada dunia antarabangsa. Apa itu kekuatan prinsip saya? Tidak suka menipu diri sendiri atau orang lain, jujur pada diri, agama dijadikan sandaran kehidupan, berani, menghormati orang lain sebelum orang lain boleh menghormati kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan hidup?
KARIER
Wanita perlu ada kekuatan diri dan kedudukan kewangan yang kukuh, peka dengan keadaan sekeliling, peribadi dan keluarga sekaligus akan membe ntuk satu visi dalam kehidupan. Berjaya dalam kerjaya tidak semestinya menerima sejumlah gaji yang tinggi tetapi dapat melaksanakan kerja yang diberi dengan baik. Ingat! Jangan berada dalam takuk yang sama. Buatlah perubahan positif dari semasa ke semasa.
KELUARGA
Mendidik dan membimbing anak dan keluarga ke arah yang terbaik. Mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan keluarga adalah satu usaha yang terpuji. Didikan agama dan akidah diterapkan agar kehidupan mereka di dunia dan akhirat seimbang.
MASYARAKAT
Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba disamping menerapkan dalam diri masyarakat agar berusaha gigih, tidak mudah putus asa disertakan dengan pengorbanan mampu membuahkan kejayaan. Mengajak dan menyeru wanita agar mencari inisiatif untuk mengukuhkan pendapatan mereka dan keluarga. Menerapkan unsur-unsur jati diri, cekal dan tidak mudah menangis dan melatah apatah lagi jauh meminta-minta. Lakukanlah pengorbanan dan berilah satu jangkamasa buat diri agar dapat membuktikan sesuatu. insya' Allah, jika dipraktikkan pasti membuahkan kejayaan.
KAREKTOR
Sejak kecil tidak pandai duduk diam. Dalam erti kata lain agresif. Suka berfikir dan mencari idea-idea yang mencabar. Suka buat kejutan dan membuktikan bahawa ‘Jika orang lain tak boleh, saya boleh!” Tiada apa yang tak menjadi sekiranya tidak mencuba.
TIPS ROZITA IBRAHIM
WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.
Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah? ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.
Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.
Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke
Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?
Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.
Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.
Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?
Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..
Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?
Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.
Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?
Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.
Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?
Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.
Apakah pencapaian terkini anda?
Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.
Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?
Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.
Sumber: http://utusan.com.my
BANTUAN DAN KEMUDAHAN
YANG DISEDIAKAN KERAJAAN
A. Bimbingan dan Latihan
1. Kementerian Pendidikan
Peringkat rendah/menengah rendah - KHB
Peringkat Menengah & Tinggi – Ekonomi, Prinsip Akaun, Landscaping dll
Peringkat Diploma/Ijazah/Sijil – Pengurusan Perniagaan, hospitality, dll
2. Kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dsbnya
3. Agensi-agensi Kerajaan seperti
Kolej Komuniti
Pusat Giat Mara (PGM)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN)
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
B. Kemudahan Prasarana
1. Kemudahan Perhubungan/komunikasi
telefon, internet, pos dan sebagainya
2. Kemudahan Pengangkutan
jalanraya, lebuhraya,
pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya
3. Kemudahan kawasan perindustrian dan perniagaan
Kawasan bebas cukai
Kompleks perniagaan
Pusat membeli belah dan sebagainya
4. Kemudahan Bekalan Air, Api dan sebagainya
C. Kajian dan Penyelidikan
1. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
- penyelidiakan dan penetapan piawaian/standard kualiti produk
2. Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
3. Institut Penyelidikan Getah
4. Lembaga Kemajuan Ikan
5. Lembaga Minyak Sawit
6. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
D. Kewangan (Pinjaman)
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2. Syarikat Jaminan Kredit
3. Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF)
4. Bank Pertanian Malaysia
5. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB)
F. Galakan dan Insentif
1. Taraf perintis - pengecualian cukai untuk syarikat baru
2. Duti Import - cukai yang dikenakan ke atas import
3. Kuota - had jumlah barang yang boleh diimport
4. Galakan Eksport - pameran, lawatan, promosi dsbnya
5. Embargo - larangan/sekatan terhadap produk dari negara tertentu - Israel
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
ASAS PERNIAGAAN
Bank Islam adalah satu contoh perniagaan secara Islam. Antaranya Bank Islam menawarkan perkhidmatan Murabahan kepada pelanggannya.
Hak Cipta Terpelihara. © Muhammad Khairi. 2006
SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting.